Mengapa Saya Perlu Mempunyai Rutin Penjagaan Kulit?
Dr. Cristi Gomez: Kulit anda ialah organ terbesar dalam badan. Ia terdiri daripada berjuta-juta sel kulit dan memperbaharui dirinya setiap 28 hari. Itu merupakan satu proses biologi yang sangat penting untuk dijaga, dan rutin penjagaan kulit membantu anda melakukan perkara tersebut.
Apakah Itu Rutin Penjagaan Kulit?
Dr. Cristi Gomez:Pembersihan dan pelembapan merupakan langkah yang paling penting dalam rutin penjagaan kulit. Selebihnya, anda boleh menyesuaikan rutin tersebut mengikut keperluan kulit anda, seperti penyelesaian untuk membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan, meratakan tona kulit, merawat kulit berjerawat dan lain-lain.
Untuk menjaga kulit dengan sebaiknya, amalkan rutin penjagaan kulit anda pada waktu pagi dan juga pada waktu malam.