Kami meneliti setiap ramuan dengan teliti. Jika kami tidak dapat mengesahkan keselamatannya secara meyakinkan berdasarkan bukti saintifik, ramuan tersebut tidak akan digunakan dalam produk kami.
Product Promise
Kami tidak pernah berkompromi dalam aspek kualiti dan keselamatan produk kami. Setiap keputusan berkaitan produk dibuat berasaskan fakta saintifik, bukannya pendapat. Kami sentiasa meneroka sempadan inovasi untuk terus memberikan kejutan dan kepuasan kepada anda. Kami sentiasa mengutamakan anda.
Oleh sebab kami yakin anda akan berpuas hati dengan manfaat yang anda nikmati daripada produk kami, setiap pembelian yang dibuat melalui Perunding Kecantikan Bebas anda dilindungi oleh Jaminan Kepuasan Mary Kay®.
Keselamatan merupakan elemen teras dalam setiap peringkat pembangunan produk. Bagi memastikan keselamatan, kualiti dan prestasi produk sentiasa terpelihara, kami kekal komited terhadap Senarai Keutamaan Kami (Always List). Prinsip-prinsip inilah yang menjadi panduan kami untuk memastikan kami sentiasa menepati janji produk kami — iaitu untuk SENTIASA mengutamakan anda.
Kami Berteraskan Penyelidikan
Kami Menilai
Kami menilai setiap formulasi secara menyeluruh dari segi keselamatan, kualiti dan prestasi. Dengan kerjasama pakar dermatologi serta pakar-pakar terkemuka dalam bidang berkaitan, kami memastikan setiap produk memenuhi standard tertinggi yang kami tetapkan.
Kami Sentiasa Memantau dan Menilai
Kami sentiasa memantau serta menilai data saintifik terkini yang muncul. Sekiranya timbul sebarang kebimbangan berkaitan keselamatan produk, kami akan bertindak dengan pantas, bertanggungjawab dan berasaskan bukti saintifik untuk menanganinya.
Kami Melarang
Kami melangkaui keperluan peraturan global dengan mengehadkan penggunaan lebih daripada 1,300 bahan di seluruh dunia — kerana kesejahteraan anda tidak seharusnya menerima apa-apa yang kurang daripada yang terbaik.
Kami Melaksanakan Penilaian Kelayakan
Kami hanya memilih ramuan berkualiti tinggi yang dipercayai serta terbukti berkesan untuk memberikan hasil yang memuaskan dan membuatkan anda berasa yakin dengan setiap penggunaan.
Mary Kay Tidak Menyokong Ujian Ke Atas Haiwan
Mary Kay tidak menjalankan ujian ke atas haiwan terhadap produk atau ramuannya. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa pihak berkuasa di sesetengah negara yang mewajibkan ujian ke atas haiwan sebelum membenarkan produk tertentu dipasarkan di negara mereka.
Mary Kay komited untuk menghapuskan amalan ujian ke atas haiwan dan merupakan penyokong kuat penggunaan metodologi pendekatan baharu (New Approach Methodologies, NAMs) bagi membuktikan keselamatan ramuan dan produk kami. Sejak hampir tiga dekad lalu, kami telah menjadi peneraju global dalam membantu membangunkan kaedah ujian alternatif bagi memastikan keselamatan produk. Kami akan terus berusaha sehingga semua pihak berkuasa menerima bahawa kaedah alternatif merupakan pendekatan yang lebih baik untuk memastikan keselamatan produk kosmetik.
Komitmen ini diteruskan melalui kerjasama erat dengan agensi kawal selia global yang bertanggungjawab terhadap keselamatan kosmetik, organisasi kebajikan haiwan serta penyelidik terkemuka yang memajukan kaedah alternatif kepada ujian ke atas haiwan.