Mary Kay® CC Cream Sunscreen SPF 15
Mary Kay® CC Cream Sunscreen SPF 15
29ml
Deep Natural
-
In Stock
Get easy complexion correction with a formula that acts like makeup and is formulated like skin care.
- Delivers 8 benefits in 1 step.
- Lightweight coverage for a natural-, flawless-looking complexion.
- Easy out-the-door option without that “made-up” look.
- Minimal shades cover a wide range of skin tones.
- Suitable for all skin types.
NOTE: In electronic media, true colors may vary.
Mary Kay® CC Cream Sunscreen SPF 15
Lapan manfaat kulit yang penting. Satu langkah mudah untuk kulit sempurna. Mary Kay® CC Cream Sunscreen SPF 15 bertindak seperti solekan untuk membetulkan ketidaksempurnaan kulit dengan serta-merta sambil dirumus seperti penjagaan kulit untuk membantu memelihara kecantikan kulit. Ia bertekstur sangat ringan, anda akan kelihatan semula jadi seolah-olah tidak memakai apa-apa. Dari pencerahan segera hingga perlindungan daripada kerosakan masa depan, penghidratan berjam-jam untuk mengurangkan kecelaan dan kemerahan, formula bak sutera ini menjadikan kulit kelihatan lebih sihat, lebih muda dan lebih cergas. Ia merupakan bedak asas yang harus dimiliki jika anda rasa bedak asas menawarkan liputan yang terlalu banyak, atau jika anda mahukan pilihan yang mudah dipakar semasa keluar tanpa rasa "dibuat-buat". Sesuai untuk semua tona kulit, jenis kulit, dan kulit berjerawat dan sensitif. Bebas minyak, bebas wangian, tidak komedogenik, diuji oleh pakar dermatologi dan diuji untuk kerengsaan dan alahan kulit.
Mary Kay® CC Cream Sunscreen SPF 15 mengandungi bahan-bahan utama berikut:
- Niacinamide dan ascorbyl glucoside dikenali untuk membantu tona kulit kelihatan lebih sekata dan mencerahkan tampilan kulit.
- Vitamin E dan ekstrak botani membantu menenangkan dan melegakan kulit.
- Ekstrak kulit pokok willow mengandungi bentuk semulajadi asid salisilik.
- Emolien membantu menghidrat kulit, memberikan keselesaan berkhasiat tanpa rasa berminyak atau bergris.
- Antioksidan yang kuat termasuk vitamin E dan ekstrak silymarin, membantu mempertahankan kulit daripada radikal bebas yang merosakkan kulit.
-
Bahan-bahan Utama:
Sesuai digunakan dan diuji pada kulit orang Asia.
Full Ingredients List: WATER/EAU/AQUA, CYCLOPENTASILOXANE, ETHYLHEXYL METHOXYCINNAMATE, BUTYLENE GLYCOL, HOMOSALATE, GLYCERIN, PEG-9 POLYDIMETHYLSILOXYETHYL DIMETHICONE, NIACINAMIDE, MICA, PEG-9 DIMETHICONE, BENZOPHENONE-3, MAGNESIUM SULFATE, ASCORBYL GLUCOSIDE, SILYBUM MARIANUM FRUIT EXTRACT, TOCOPHERYL ACETATE, SALIX NIGRA BARK EXTRACT, SALICYLIC ACID, ADENOSINE, DIMETHICONE/PEG-10/15 CROSSPOLYMER, DISODIUM STEAROYL GLUTAMATE, XANTHAN GUM, DIPROPYLENE GLYCOL, DISODIUM EDTA, CYCLOHEXASILOXANE, SODIUM CITRATE, TOCOPHEROL, SORBIC ACID, SODIUM BENZOATE, BENZYL ALCOHOL, ALUMINUM HYDROXIDE, CI 77891, CI 77492, CI 77491, CI 77499
Wanita yang menggunakan CC Cream Sunscreen SPF 15 dalam satu kajian pengguna mengatakan perkara-perkara berikut mengenainya:
95% berkata ia meratakan warna kulit.†
87% berkata ia serta-merta mencerahkan kulit. †
93% berkata ia berasa ringan pada kulit.†
92% berkata kulit kelihatan lebih sihat.†
79% berkata ia menjadikan kulit mereka kelihatan sempurna.†
91% berkata ia meminimumkan penampilan kemerahan.†
88% berkata ia mengurangkan tampilan cela.†
83% berkata kulit kelihatan lebih muda.†
*†Keputusan mencerminkan peratusan wanita yang bersetuju dengan kenyataan-kenyataan dalam kajian pengguna bebas selama dua minggu.
8 Manfaat dalam 1
Dirujuk sebagai "pembetulan kulit," Mary Kay® CC Cream Sunscreen SPF 15 memberikan lapan manfaat dalam satu langkah untuk meninggalkan kulit dengan kemasan sempurna.
Melindungi
Diformulasikan dengan SPF 15* untuk melindungi kulit daripada merosakkan sinaran UVA dan UVB yang boleh menyumbang kepada tanda-tanda penuaan kulit pramatang.
Mencerahkan
serta-merta menguatkan kecerahan kulit dan mencerahkan kulit wajah. Kecerahan dipertingkatkan sebagai formula membantu membetulkan tampilan perubahan tona kulit dan menawarkan tona kulit yang lebih sekata.
Membetulkan Dengan Liputan Ringan
Pigmen berasaskan mineral membantu membetulkan tampilan ketidaksempurnaan dan menambahbaikan kulit anda secara keseluruhan dengan liputan ringan yang tidak memberikan penampilan "dibuat-buat". Penampilan kulit yang letih dan lesu ditransformasi kerana formula ini membantu melicinkan kulit kusam. Kulit anda akan tampil sihat berseri dan kulit yang berasa lembut dan licin.
Meminimumkan kemerahan
Menawar kelegaan yang ketara dan meminimumkan kemerahan kulit. Ia dirumus dengan vitamin E dan ekstrak botani untuk membantu menenangkan dan melegakan kulit. Mary Kay® CC Cream Sunscreen SPF 15* juga diuji pada wanita dengan rosacea yang bersetuju bahawa ia membantu mengurangkan kemerahan.
Menyamar
Menyamar cela-cela dengan segara dan membantu memudarkan tampilan cela jerawat masa lalu. Tidak komodegenik dan bebas minyak, ia melegakan dan memelihara kulit berjerawat dan menenangkan kulit bermasalah. Krim CC dirumus dengan ekstrak daripada kulit pokok willow yang merupakan satu sumber semula jadi asid salisilik. Formula ringan juga menyamar lingkaran hitam dan bayang gelap kerana dapat diadunkan dengan cantik dan padan dengan tona kulit anda.
Hidrat
Hidrat selama 10 jam. Kulit terasa terhidrat serta-merta. Diformulasikan dengan emolien yang membantu menghidrat kulit, Krim CC memberikan keselesaan berkhasiat tanpa rasa berminyak atau bergris.
Mengurangkan Tanda-tanda Penuaan
Garis halus kelihatan kurang ketara agar kulit kelihatan lebih muda. Krim CC juga meminimumkan penampilan liang-liang di samping menambahbaikan tekstur kulit. Ia tidak tersekat ke dalam garis-garis halus dan liang-liang, jadi anda dapat mencipta kulit yang licin, kelihatan sempurna.
Mempertahankan
Produk ini mengandungi antioksidan untuk mempertahankan kulit daripada radikal bebas yang merosakkan kulit.
Untuk gaya kasual pada waktu siang, semasa on the go:
Gunakan hujung jari untuk sapukan krim CC pada muka anda seperti bedak asas. Mulakan di tengah-tengah muka, bergerak ke arah luar ke arah garis rambut dan sepanjang garis rahang.
Untuk hari kerja atau acara selepas kerja dengan liputan yang lebih lengkap:
Gunakan hujung jari untuk memakai krim CC ke muka anda seolah-olah ia adalah pelembap. Tunggu sebentar untuk ia diserap oleh kulit, kemudian gunakan formula bedak asas anda.
Mary Kay® CC Cream Sunscreen SPF 15