Mary Kay Chromafusion™ Eye Shadow
Mary Kay Chromafusion™ Eye Shadow
.05 oz.
Espresso Matte
-
In Stock
This pigment-rich, life-proof eye shadow comes in a spectrum of sensational shades and holds strong for 12 hours.*
- Makeup artist-curated shades evaluated on extensive range of skin tones.
- Intense color payoff.
- Glides on evenly and easily.
Bayangkan pembayang mata yang paling menakjubkan dan pigmen yang kaya, tersedia dalam formula life-proof yang kekal tahan selama 12 jam.* Tambah spektrum warna sensasi yang dipilih oleh artis solek antarabangsa terkemuka. Bolehkah anda memiliki semuanya? Semestinya! Manjakan mata anda dengan Mary Kay Chromafusion™ Eye Shadow baharu, pengalaman warna yang berkeyakinan tinggi, tiada kompromi, siap sedia untuk dipuji.
Dikuasakan oleh Mary Kay Chromafusion™ Matrix Technology, setiap pemakaian pembayang mata yang lancar ini menawarkan hasil warna yang benar dan berimpak tinggi serta tahan lama. Boleh diadun dan boleh dibina, warnanya dapat diadunkan dengan sempurna untuk ciptaan gaya yang cantik. Gaya mekap yang kotor tidak akan berlaku lagi. Kalis lipatan dan kalis pudar, anda boleh percaya pada warna yang tahan lama ini kekal tampil segar tidak kira apa keadaan, sama ada semasa bekerja, bersenam, cuaca dan banyak lagi. Ia adalah pencapaian kecantikan hebat yang anda pastinya suka semasa pemakaian pertama.
Teknologi Matriks Baharu
Mary Kay Chromafusion™ Matrix Technology adalah inovasi industri, membolehkan ciptaan hasil warna yang kaya dan formula yang tahan dalam satu produk. Teknik hibrid canggih ini mengabung pigmen premium yang halus dalam lapisan krim sutera untuk menguatkan warna tulen yang tidak pernah ditemui sebelum ini. Pigmen yang dipertingkatkan kemudian disatukan ke dalam serbuk ringan untuk mewujudkan matriks yang licin dan fleksibel. Bertekstur bak sutera dan ringan, Mary Kay Chromafusion™ Eye Shadow dapat meluncur dengan rata dan mudah. Ia dapat disapu pada kulit dengan selesa sambil mengekalkan integriti warna sepanjang 12 jam semasa pemakaian.*
Mary Kay Chromafusion™ Eye Shadow